Monday 19 December 2011

BAB 3 : KEPIMPINAN & KERJA BERPASUKAN

TUN ABDUL RAZAK

Tun Abdul Razak ialah Perdana Menteri yang terbilang dan berjasa besar kepada Negara. Tun Abdul Razak telah dilantik menjadi Menteri Pelajaran pada 9 Ogos 1955. Sebagai Menteri Pelajaran Kebangsaan pertama, beliau memperkenalkan Dasar Pendidikan Kebangsaan dengan menghasilkan Penyata Razak pada tahun 1955. Penyata Razak ini telah menjadi asas sistem pendidikan di Malaysia bagi memenuhi kehendak nusa untuk menigkatkan pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik sebagai suatu bangsa dengan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Sesuai dengan tema perpaduan yang dipratikkan oleh beliau, Penyata Razak juga bertujuan untuk memelihara pertumbuhan bahasa dan kebudayaan kaum lain dalam negara ini.

Kelas pelajaran dewasa telah diperkenalkan bagi membantu rakyat Malaysia yang sebelum ini tidak mempunyai peluang untuk menimba ilmu. Kejayaan program ini terserlah apabila dengan hanya 300 kelas dalam tahun 1961. Ia telah meningkat kepada lebih 9000 kelas pada penghujung tahun 1962. Dalam tempoh sepuluh tahun beliau mencelikkan lebih tiga juta orang dewasa yang buta huruf menerusi kelas-kelas pelajaran dewasa di seluruh negara.

Melihatkan kepada ketidakseimbangan nisbah dan ciri-ciri pelajar di Institut Pengajian Tinggi. Tun Abdul Razak telah mengarahkan agar segera diwujudkan keseimbangan dalam kemasukan pelajar luar Bandar ke Universiti Malaya dan Maktab Teknik Kuala Lumpur yang selama ini mengutamakan pengambilan pelajar Bandar agar lebih ramai pelajar Melayu mendapat peluang pendidikan tinggi. Bagi merealisasikan matlamat untuk memberi akses kepada pendidikan, beliau juga telah berusaha untuk menambahkan lagi bilangan Institut Pengajian Tinggi. Beliau telah mengarahkan supaya langkah-langkah diambil bagi menubuhkan Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM.

Tun Abdul Razak memasuki politik pada umur yang muda. Pernah menjadi Menteri Besar pahang, kemudian dilantik Ketua Pemuda UMNO. Beliau menjadi Tmbalan kepada Tunku Abdul rahman pada jangkamasa yang panjang intu Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan perdana Menteri. Dalam kedua-duannya beliau berkorban diri memberi khidmat yang cemerlang dan setia.

Beliau seorang ahli politik dan negarawan yang lincah dan bijak. Sumbangannya kepada negara amat besar dan menyeluruh. Beliau memulakan reformasi agrarian dengan pembukaan ribuan ekar tanah untuk dipugar oleh peneroka Felda mengusaha ladang kelapa sawit. Atas jasa dalam bidang ini beliau dikenal sebagai Bapa Pembangunan.

Dalam masa negara menghadapi krisis 13 Mei 1969 beliau mengepalai kerajaan MAGERAN yang berjaya mereda keadaan. Beliau telah menamatkan Konfrontasi dengan memeterai Perjanjian Persahabatan dengan Indonesia. Tun Razak juga membuka lembaran baru hubungan Malaysia dengan negara China pada tahun 1974.

Bibliografi:
Legasi Tun Abdul Razak: Perintis Kepimpinan Global. Kuala Lumpur: Persatuan Alumni Yayasan Tun Razak, 2007.



ULASAN
Artikel ini menceritakan tentang Peranan Tun Abdul Razak dalam bidang pendidikan di negara kita. Beliau telah dilantik menjadi Menteri Pelajaran pada 9 Ogos 1955. Banyak sumbangan yang telah disumbangkan oleh beliau dalam bidang pendidikan d negara kita, antaranya ialah beliau telah memperkenalkan Dasar Pendidikan Kebangsaan dengan menghasilkan Penyata Razak pada tahun 1955. Ianya adalah sebagai asas sistem pendidikan di Malaysia bagi memenuhi kehendak nusa untuk menigkatkan pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik sebagai suatu bangsa dengan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Beliau juga telah memperkenal kelas pelajaran dewasa khas untuk membantu rakyat Malaysia menimba ilmu. Dan kesan daripada kewujudan kelas ini, lebih kurang dalam masa 10 tahun lebih tiga juta orang dewasa yang buta huruf yang berjaya dicelikkan. Beliau juga tidak melupakan rakyat yang tingaal di luar bandar untuk mendapatkan pendidikan. Beliau juga telah mengarahkan agar langkah-langkah diambil untuk menubuhkan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Tun Abdul Razak juga telah memasuki bedang politik di umur yang muda.
Beliau pernah menjadi Menteri Besar pahang, kemudian dilantik Ketua Pemuda UMNO. Beliau merupakan seorang ahli politik dan negarawan yang bijak, aktif, lincah dalam mengendalikan sesuatu hal. Beliau juga berjaya meredakan krisi 13Mei1969 dengan mengepalai kerajaan MAGERAN. kesimpulannya, beliau telah banyak memberi sumbangan kepada negara kita dan hingga sekarang, sumbangannya sangat berguna kepada kita semua.
Terima Kasih.
(A136343)

4 Kata-kata semangat:

Kumpulan7 sdn bhd said...
This comment has been removed by the author.
Kumpulan7 sdn bhd said...

dari sii yew wei
Beliau memang seorang pemimping yang amat disanjungi tinggi oleh orang ramai . Beliau telah bertungkus lumus untuk mendapat kemeredekaan bagi our negara walaupun dia mengalami kegagalan .Beliau tetap tidak berputus asa . Sifat beliau amat kita hargai and pelajar

Kumpulan7 sdn bhd said...

Beliau memang seorang pemimpin yang berkaliber dan berkarisma.sebagai rakyat malaysia,kita haruslah bangga kerana kita mempunyai pemimpin yang bijak membawa kita ke arah kejayyan dan pembangunan.oleh itu,generasi muda sekarang haruslah menjadikan beliau sebagai idola supaya dapat mempelajari sikap beliau dalam mengecapi kerjaya.

Kumpulan7 sdn bhd said...

Comment tadi daripadaA136251

Post a Comment

 
 

© Bluberry Template Copyright by PEMBANGUNAN DIRI (ZZZT1054)

Template by Blogger Templates | Blog-HowToTricks