Tuesday 20 December 2011

PEMIKIRAN KRITIKAL

PEMIKIRAN KRITIKAL
Shahrin Hashim
PENGENALAN
Pemikiran adalah aktiviti yang dilakukan oleh manusia hampir setiap masa. Pemikiran secara
mudah boleh difahami sebagai apa saja yang berlaku dalam minda kita. Kritis membawa banyak
pengertian yang sederhana seperti sangat mendalam, terperinci, mengamati dan sebagainya.Ia
juga dimaksudkan sebagai pemahaman secara mendalam dan kritikal bagi mempertingkatkan
pemahaman.Pemikiran ini membantu individu menganalisis pernyataan dengan berhati-hati dan
mencari bukti yang sah sebelum membuat keputusan.
Definisi Pemikiran Kritis
Pemahaman terhadap pengertian pemikiran kritis harus dilihat daripada pelbagai sudut..Hal ini
kerana, pengertian pemikiran kritis itu sesungguhnya amat luas dan dalam. Setiapa sarjana sains
pemikiran akan memberi pengertian pemikiran kritis berasaskan pengalaman dan kajian yang
dijalankan. Definisi yang dinyatakan di bawah dapat memahamkan kita apakah yang
dimaksudkan dengan pemikiran kritis?
Dewey (1933) berpendapat bahawa pemikiran kritis adalah berfikir secara serius(mendalam) dan
seterusnya membuat pertimbangan daripadanya. Bloom (1956) menghuraikan pemikiran kritis
melibatkan aktiviti mental secara analisis, sintesis dan penilaian. Menurut Nik Aziz (1994),
secara kasar pemikiran kritis ialah pemikiran yang meletakkan logik antara gerak hati dengan
tindakan. Pemikiran kritis akan menganalisis isu-isu, tetapi berfikir secara holistik dan melihat
masalah dari berbagai dimensi. Mereka berusaha menyelesaikan masalah dan bukan bergiat
mencetuskan pelbagai krisis baru. Manakala Jaafar (1995) berpendapat bahawa pemikiran kritis
adalah pemikiran secara sistematik, secara universal dan secara radikal adalam menganalisis
sesuatu secara mendalam.
Sintesis Pemikiran Kritis
Secara umum, berdasarkan definisi di atas maka dapatlah disatukan pemahaman tentang
pemikiran kritis, iaitu usaha berfikir yang dilakukan untuk diri sendiri (thinking of oneself)
(Eugene dan James,1991). Kefahaman ini boleh disatukan berdasarkan beberapa elemen teras
iaitu;
a) Berfikir dengan menggunakan dimensi otak kiri.
b) Berfikir menggunakan urutan dan hokum logic
c) Berfikir untuk membuat pertimbangan dan keputusan
d) Berfikir dengan sikap yang berhati-hati dan mengambil kira risiko dan kesan
Usaha berfikir yang dilakukan untuk diri sendiri(thinking oneself) bermaksud setiap individu
harus memikirkan sesuatu isu/masalah yang telah, sedang dan akan berlaku berdasarkan
pemikiran sendiri, tanpa dipengaruhi oleh pemikiran orang lain. Pemikiran kritis mengajak kita
agar berfikir dengan lebih bersistem dan terarah dalam membuat sesuatu keputusan. Dengan kata
lain, keputusan yang kita buat bukan berdasarkan pemikiran orang lain. Sebarang bentuk idea,
pendapat dan keputusan adalah atas pertimbangan yang tidak berbelah bahagi. Apa yang kita
fikirkan; itulah yang kita terima sebagai hakikatnya. Sebaliknya , menurut Nik Aziz(1994)
pemikir yang tidak kritis dikawal oleh emosi, prasangka dan kekurangan maklumat. Justeru itu
mereka cenderung untuk membuat keputusan secara gopoh-gapah, bertidak secara terburu-buru
dan mengemukakan jawapan yang simplisistik kepada masalah yang kompleks. Pemikir yang
kritis selalunya akan hanyut dalam arus kekeliruan antara realiti dan ideal. Pemikiran kritis
menurut Scriven dan Paul (1995) ialah bentuk pemikian yang sebaris dengan “modes of
thinking” yang lain seperti:
a) Pemikiran saintifik
b) Pemikiran matematikal
c) Pemikiran historical
d) Pemikiran ekonomikal
e) Pemikiran moral
f) Pemikiran kefalsafahan
Pemikiran Kritis Rendah
Pemikiriran kritis rendah hanya sekadar melibatkan proses kognitif (kemahiran mikro)yang
sederhana. Dengan memnggunakan kemahiran kritis mikro minda sekadar menerbitkan semula
maklumat/data/pernyataan dan sebagainya yang telah sedia ada. Minda hanya memilih,
mengasingkan, memastikan perbezaan dan kelainan yang wujud dalam satu-satu kategori atau
kumpulan dan antaranya seperti:
a) membanding dan membeza
b) membuat kategori
c) membuat bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan
d) menerangkan sebab
Pemikiran Kritis Tinggi
Pemikiran kritis tinggi melibatkan proses kognitif(kemahiran mikro) dan metakognitif (thinking
abaout thinking). Pemikiran ini,tidak hanya menggunakan kemahiran mikrokritis, ia ditambah
dengan kemahiran metakognitif menerusi daya taakulan (reasoning). Kita perlu mengupas,
memperinci dan mengesahkan sesuatu maklumat/penyataan atau apa jua perkara dengan spesifik
dan terarah. Agar daripadanya kita dapat menghindarkan pemikiran kita daripada sebarang idea
yang tidak konsisten dari segi logik, dan antaranya seperti;
a) membuat ramalan
b) mengusul periksa andaian
c) membuat inferens
d) mengesahkan sumber maklumat
e) membuat generalisasi dan
f) mencari sebab dan membuat kesimpulan
Kemahiran Pemikiran Kritis
Pemikiran kritis melaksanakan tanggungjawab yang sangat rapi, terarah dan bersistem. Apa jua
yang dicerap oleh pancaindera-maklumat,fenomena, isi,perkara,benda akan menjalani proses
saringan pada tahap sensasi dan persepsi. Pemikiran kritis akan memainkan peranan utama
sesuai dengan kehendak dan objektif kita.
Memahami dan Menilai Sesuatu Konsep dan Pengertian
Konsep dan pengertian dua elemen yang penting. Pengertian merupakan subset kepada konsep.
Sejak kecil hingga dewasa kita di keliling dengan pelbagai konsep. Kita belajar dan memahami
konsep-konsep mudah dan kompleks. Ada ketika, kita menggunakan konsep-konsep berkenaan
dalam kehidupan seharian seperti di kelas, tempat kerja, di kedai, di jalan raya dan sebagainya.
Konsep-konsep yang terdapat di sekeliling kita ada yang bersifat setempat dan global.
Ada juga yang penggunaannya amat sempit dan hanya difahami oleh kaum tertentu, misalnya
konsep ‘Feng-Shui’. Konsep ini hanya difahami oleh kaum Cina, itu pun tidak merata. Untuk
dapat memahami sesuatu konsep itu, seorang mestilah mampu mentafsirkannya dan membina
satu pengertian daripadanya. Konsep ‘Jati Diri’, misalnya satu konsep yang amat abstrak untuk
difahami. Kalau kita hendak mengetahui maksudnya kita bertanya kepada orang yang lebih
mengetahuinya atau terus sahaja merujuk kamus yang berkaitan dengan konsep berkenaan.
Akhirnya, kita akan dapat memahami dan mentafsirkan makna konsep berkenaan . Justeru
itu,menerusi pemikiran kritis seseorang itu akan memperoleh konsep yang benar.
Perbezaan antara pemikiran kreatif dan pemikiran kritis
Seperti yang dapat dilihat daripada jadual di atas, pemikiran kreatif dan kritis ditandai oleh ciriciri
yang berbeza dan menekankan aspek-aspek yang berbeza. Misalnya pemikiran kreatif
bersifat genaratif, iaitu berminat mengenal pasti sebanyak mungkin jalan penyelesaian sementara
pemikiran kritis bersifat selektif, iaitu menekankan pemilihan jalan penyelesaian yang terbaik.
Dalam proses penyelesaian masalah dan membuat keputusan kedua-dua gaya pemikiran ini
diperlukan. Sesuatu masalah tidak akan berjaya diselesaikan jika hanya bergantung kapada
cadangan-cadangan kreatif. Cadangan-cadangan kreatif perlu dinilai, diteliti dan
dipertimbangkan dengan menggunakan pemikiran kritis sebelum ia dapat laksanakan. Penilaian,
penelitian dan pertimbangan yang dibuat boleh menghasilkan idea kreatif yang lebih bermutu.
Dalam usaha mereka bentuk sebuah bangunan komersial misalnya, pereka bentuk boleh
mengaplikasikan pemikiran kritis dengan meninjau aspek-aspek kelemahan, kecectan dan
kekurangan reka bentuk bangunan komersial yang sedia ada. Hasil tinjauan ini mungkin dapat
menunjukkan kelemahan dalam aspek reka bentuk bangunan terbabit secara keseluruhan, dalam
aspek mesra pengguna, ancaman cuaca dan sebagainya. Mengenal pasti kelemahan-kelemahan
yang sedia ada secara kritis dapat membantu pereka bentuk menghasilkan reka bentuk yang lebih
baik.
Sesuatu masalah juga tidak akan berjaya diselesaikan jika kita hanya bergantung kepada
pemikiran kritis. Sikap kritis yang keterlaluan dapat membunuh kreativiti dan akibatnya
cadangan-cadangan baru yang bernas dan berpotensi bagi menyelesaikan masalah dengan
berkesan akaqn hilang begitu sahaja. Bayangkan suatu mesyuarat bagi menyelesaikan masalh
kutipan derma untuk tabung PIBG yang dihadiri oleh pemikir-pemikir yang bersifat terlalu kritis.
Besar kemungkinan kandungan mesyuarat ini hanya tertumpu kepada kritikan-kritikan negatif
berkenaan cara-cara kutipan derma yang sudah dibuat, dan bukannya memikirkan cara-cara baru
kutipan derma dapat dilakukan . Jika sesiapa ada memberi cadangan-cadangan baru , ia akan
dikritik dengan serta merta tanpa melihatnya daripada sudut positif.
Disebabkan sifat penilaian yang dikaitkan dengan pemikiran kritis, ramai yang menyalah
tafsirnya sebagai suatu aktiviti mengkritik semata-mata, iaitu mencari kesilapan, kesalahan dan
kelemahan. Mengkritik sebenarnya adalah suatu bahagian kecil pemikiran kritis. Oleh itu,
mendefinisikan pemikiran kritis sebagai suatu aktiviti mengkritik semata-mata adalah tidak tepat.
Bagi Ramai pakar pemikir, pemikiran kritis merangkumi aktiviti-aktiviti berfikir yang jauh lebih
luas. Pemikiran kritis melibatkan pemikiran yang mendalam dan memberi pertimbangan yang
serius kepada sesuatu. Bagi Bassham (2002), pemikiran kritis meliputi pelbagai kemahiran
kognitif dan intelektual yang diperlukan bagi mengenal pasti, menganalisis dan menilai sesuatu
idea dengan berkesan, bagi mencari dan mengelakkan prejudis peribadi dan bias, membuat
formulasi dan membentangkan sebab-sebab yang meyakinkan bagi menyokong sesuatu
kesimpulan, dan membuat keputusan yang wajar dan bernas pada apa yang harus dipercayai dan
ada yang harus dilakukan.
Kesimpulannya, pemikiran kritis bukannya suatu pemikiran yang bersifat negatif. Sebalikknya ia
adalah suatu pemikiran yang berdisiplin yang didasari oleh standard-standard intelektual yang
jelas.
KELEBIHAN PEMIKIRAN KRITIS
Pemikiran otak kiri, iaitu otak kritis banyak manfaat dan hikmahnya. Sayangnya masih ramai
yang kurang menyedari akan kelebihan pemikiran ini. Walaupun, setiap hari kita berhadapan
dengan masalah yang memerlukan penyelesaian secara kritis, tetapi skema kritis itu tidak
digunakan secara optimum (Jadual 4.1). Ramai sarjana seperti Jaafar (1995), Ainon dan
Abdullah (1996), Mohd Micheal (1995) yang memperkatakan tentang kelebihan pemikiran kritis
ini. Sesungguhnya banyak kelebihan memiliki pemikiran kritis.
Faedah Berfikir secara Kritis
Seperti kemahiran berfikir secara kreatif, kemahiran berfikir secara kritis membawa pelbagai
faedah. Ia bermanfaat bukan sahaja dalam kehidupan harian, tetapi juga dalam pekerjaan dan
pembelajaran. Ia membantu kita membuat penilaian, keputusan dan menyelesaikan masalah
dengan berkesan.
Faedah Berfikir Secara Kritis Dalam Kehidupan Harian
Dalam kehidupan harian, pemikiran kritis membantu kita mengelakkan melakukan kesilapan
semasa membuat keputusan. Semua orang harus membuat keputusan daripada yang kecil seperti
baju mana yang perlu dipakai kepada yang besar seperti rumah apa yang mesti dibeli. Lazimnya,
keputusan kita dipengaruhi oleh pelbagai faktor dalaman dan luaran. Contoh faktor dalaman
adalah sikap, persepsi, konsep diri, estim dan kepintaran. Contoh faktor luaran adalah orangorang
di sekeliling kita, peraturan, undang-undang dan keadan persekitaran. Kadangkala factorfaktor
ini menyebabkan kita menerbitkan keputusan-keputusan yang salah. Estim diri yang
rendah contohnya mendorong kepada keputusan-keputusan yang merugikan. Seorang suri
rumah yang tidak yakin dengan penampilan dirinya mungkin lebih gemar mengurung diri di
rumah dan mengelakkan perjumpaan social seperti kenduri, makan malam bersama rakan-rakan
dan sebagainya. Akibatnya, beliau tidak berpeluang mengeratkan hubungan dengan orang lain
dan merasa tersisih.
Orang di sekeliling kita juga mempengaruhi keputusan yang kita buat. Ada yang
mempengaruhi keputusan kita secara sedar seperti pengutip derma dan jurujual. Ada juga yang
mempengaruhi pemikiran kita secara halus. Pengiklan dan ahli-ahli politik amat mahir dalam
menggunakan strategi-strategi yang begitu halus bagi mempengaruhi pemikiran kita. Jurujual
contohnya memberi pelbagai alasan kepada kita mengapa kita harus membeli produk yang
dijual. Pengilan pula menggunakan pelbagai strategi seperti menggunakan model-model yang
cantik dan seksi dalam iklan-iklan mereka ataupun dengan manakutkan kita dengan pelbagai
masalah sekiranya kita tidak membeli produk yang diiklankan. Semua ini mendorong kita
menghasilkan keputusan yang tidak ingini sekiranya kita tidak memiliki asas yang kuat dalam
berfikir secara kritis. Mengaplikasikan teknik-teknik berfikir secara kritis seperti menimbang
sesuatu secara menyeluruh dengan minda yang terbuka dan menilai kejituan sesuatu hujah dapat
membantu kita lebih yakin dengan apa yang kita lakukan dan membawa kepada keputusan yang
lebih berkesan berdasarkan bukti-bukti yang konkrit dan jelas.
KESIMPULAN
Pemikiran kritis dipunyai oleh setiap daripada kita. Cuma darjah kritis seseorang itu agak
berbeza. Pemikiran kritis penting kepada diri seseorang, agar ia sendiri dapat mengenal pasti
arah dan hala tuju ia berfikir dan kemudian dalam masa yang sama dapat memberi focus pada
yang sepatutnya difikirkan. Menerusinya, kita akan lebih defensive, ofensif dan provokatif dalam
menilai sesuatu. Kita tidak menerima bulat-bulat, hatta sesuatu yang dinyatakan itu datangnya
daripada sumber yang sahih dan boleh dipercayai. Ini adalah kerana kesilapan logik boleh
berlaku pada mana-mana bahagian yang kita tidak jangka.

1 Kata-kata semangat:

Kumpulan7 sdn bhd said...

dari lee li shan(A136251)

Post a Comment

 
 

© Bluberry Template Copyright by PEMBANGUNAN DIRI (ZZZT1054)

Template by Blogger Templates | Blog-HowToTricks