Wednesday 14 December 2011

BAB 1: KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Kemahiran berkomunikasi amat penting dalam kerjaya


PENULIS melayari beberapa isu bahasa dalam pendidikan yang semakin hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini.

Syabas, banyak pihak telah sedar akan kekuatan dan peranan bahasa dalam menjadikan seorang insan itu cemerlang, gemilang dan terbilang.

Menurut The Star Online bertarikh 14 September 2011: The target to make English a compulsory pass at the Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) level is "not very far away", Tan Sri Muhyiddin Yassin said.

Langkah ini baik dan disokong. Semoga pelajar dwibahasa lebih cemerlang dalam menimba ilmu dan berjaya dalam kerjaya mereka kelak.

Dengan adanya langkah sebegini, diharapkan berkurangnya masalah pelajar yang sangat lemah dalam subjek bahasa, terutamanya bahasa Inggeris.

Malah yang semakin menakutkan kita, pelajar juga lemah dalam subjek Bahasa Malaysia. Apalah ertinya mendapat A1 dalam subjek sains, ekonomi, matematik tetapi gagal mendapat sijil penuh semata-mata kerana tidak lulus subjek bahasa? Dalam menjalani hidup kita ini biarlah seimbang.

Justeru, penulis bersependapat dengan Prof. Dr. Teo Kok Seong dari UKM tentang isu dwibahasa ini:

''Persoalan ketiadaan kecekapan berbahasa Inggeris, pengetahuan dan penguasaan rendah terhadap bahasa Melayu, termasuk kegagalan memahami sejarah tanah air oleh kebanyakan pelajar antara tanda dan gejala kemerosotan sistem pendidikan kita.''

Kelemahan itu boleh melemahkan semangat pelajar yang akan menduduki peperiksaan besar, atau graduan yang bakal menggondol ijazah dan berkemungkinan menjadi virus yang menjangkiti calon temuduga pula.

Sejak dahulu lagi kita digembar-gemburkan dengan kegagalan calon temuduga mendapatkan pekerjaan hanya disebabkan komunikasi yang lemah dan penguasaan bahasa Inggeris juga lemah.

Di sepanjang pengetahuan, pengalaman dan pergaulan penulis dengan konsultan dan tenaga kerja Sumber Manusia bagi syarikat-syarikat ekspatriat, rata-rata calon temuduga telah gagal menerusi 'first impression'. Antaranya, apabila calon-calon berada dalam situasi seperti ini:

n Bila sahaja mereka melangkah masuk ke bilik untuk ditemuduga, mereka kadang-kala terlupa memberi salam atau ucapan selamat. Mungkin mereka terlalu gentar sehingga terlupa atau sememangnya terlalu moden dalam kehidupan sehingga terlupa akan adab pertemuan?

n Kegagalan memperkenalkan diri sendiri dalam bahasa Inggeris. (Jika temuduga di syarikat swasta, biasanya dijalankan dalam bahasa Inggeris. Serendah-rendah jawatan pemandu juga dalam bahasa Inggeris, terutama bagi syarikat yang diterajui oleh pihak ekspatriat.)

Disebabkan itu, penulis ingin sekali mengingatkan dan berharap calon-calon temuduga sentiasa peka dengan keperluan temuduga, deskripsi pekerjaan yang berkenaan dan juga pastikan diri sentiasa bersedia agar anda dilihat sebagai insan berpendidikan serta bertanggungjawab.

Pertama sekali kita haruslah bertanggungjawab ke atas diri sendiri. Sifat itu akan mencerminkan kemampuan kita menerima komitmen daripada pihak majikan. Itulah 'first impression' yang dimaksudkan tadi.
Oleh sebab itu juga, mengapa wujudnya soalan mendeskripsi diri sering diajukan pada calon ketika temuduga iaitu.

Malangnya, dalam sesetengah kes, soalan semudah ini pun boleh buat calon kelu seribu bahasa ya? Mengapa?

Ternyata mereka telah gagal memancing panel penemuduga yang boleh jadi terdiri daripada konsultan yang mewakili majikan tersebut atau diri majikan itu sendiri. Jika kita sentiasa bersedia, sudah pasti kita akan sentiasa tampil dengan penuh keyakinan walau dalam apa situasi sekalipun.

Kebiasaannya, soalan umum yang ditanyakan dalam temuduga merupakan soalan tentang kelayakan akademik, pengalaman dan sesetengahnya menanyakan soalan tentang kemahiran penyelesaian masalah.

Oleh sebab itu, tiada senjata lain yang hendak digunakan melainkan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi agar calon dapat menerangkan dengan jelas, yakin dan bersemangat agar pihak penilai terpancing untuk menerima calon tanpa ragu-ragu sekiranya sesuai dengan kriteria dan keperluan mereka.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA ONLINE (http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1014&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm)


Ulasan: Berdasarkan artikel di atas, kemahiran komunikasi dalam kalangan masyarakat atau individu semakin berkurangan. Ini menunjukkan bahawa kemahiran komunikasi kurang dikuasai,dipelajari dan diamalkaan oleh masyarakat atau individu sekarang. Sebagai contoh yang terdapat di dalam artikel di atas, calon-calon temuduga tidak dapat menunjukkan tanggapan pertama yang boleh menarik perhatian penemu duga dan ini boleh meyebabakan mereka tidak diterima untuk bekerja. Disebabakan beberapa perkara, kemahiran komunikasi diaggap satu aset yang penting untuk setiap masyarakat atau individu untuk berjaya. Berdasarkan model penbagunan diri yang telah dipelajari, kemahiran komunikasi penting dari segi akademik,kerjaya dan hubungan insan(kemasyarakatan) untuk mereka. Oleh yang demikian, setiap individu boleh dikatakan wajib untuk mempelajari dan menguasai kemahiran komunikasi.



(A136497)

1 Kata-kata semangat:

Kumpulan7 sdn bhd said...

saya berasa kemahiran berkomunikasi amat penting dalam kerjaya.Hal ini demikian kerana kita dapat menyampaikan maklumat secara effisien dan ini dapat menujukkan keyakinan kita.

Post a Comment

 
 

© Bluberry Template Copyright by PEMBANGUNAN DIRI (ZZZT1054)

Template by Blogger Templates | Blog-HowToTricks